Ads

15 Julai 2007

Warisan Kita Warisan Bersanad




Apakah salah beramal dengan amalan warisan? Bukankah ianya juga salah satu punca dan bentuk 'ilmu'?. Apatah lagi amalan warisan yang diamalkan masyarakat kita adalah amalan bersanad yang bersambung dari satu tok guru ke tok guru yang lain sampai kepada Rasulullah s.a.w. Ianya bukan amalan turun temurun yang diwarisi dari Fir'aun atau Gajah Mada, atau Orang Asli dan Dayak.

Amalan warisan yang diamalkan masyarakat adalah amalan bersanad yang bersambung dari satu tok guru ke tok guru yang lain sampai kepada Rasulullah s.a.w. Ianya bukan amalan turutn temurun yang diwarisi dari Fir'aun atau masyarakat jahiliyyah, atau seperti warisan agama Hindu, Buddha yang samasekali tiada nas. Amalan warisan kita berdalil belaka bagi mereka yang ikhlas mencari dalilnya. Ianya tidak berdalil hanya bagi mereka yang jahil. Tidaklah wajib bagi orang awam mengetahui setiap dalil dalam beribadat. Dari lebih 120,000 sahabat, hanya 131 orang sahaja yang mengeluarkan fatwa dan berijtihad, yang selebihnya "bertaqlid" belaka kepada sahabat-sahabat besar mujtahid ini.

Syeikh Nuruddin Al-Banjari al-Makki.
Forum yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak.

Tiada ulasan: